Monday, September 22, 2014

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-33

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-33

Hari      : Isnin
Tarikh   : 22 September 2014
Masa    : 7.40-8.10 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Desa Pinggiran Putra

Kehadiran Guru : 29/30
Guru Bertugas : 1.  Pn.  Norwati binti Mohammad Supian
                         2.  Pn.  Nor Sabariah binti Awang Ngah
                         3.  Pn.  Nurul Hidayah binti Ab. Wahid
                         4.  Cik Salwa binti Mohd Hadi
                         5.  Pn.  Nurhafiza binti Mohamad Ramdzan

Guru Tidak Hadir :  Pn.  Noor Hayati binti Miswan(Cuti Separuh Gaji)

Laporan Perhimpunan:

1 Nyanyian 3 buah lagu - Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan Pn.  Norwati binti Mohammad Supian.
2 Bacaan Doa oleh pengawas bertugas, Adik Mohd Nasif.
3 Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Penggunaan Jalan Raya yang dipimpin oleh Pn. Norwati binti Mohammad Supian.
4 Bacaan Ikrar Murid oleh pengawas bertugas, Adik Adil Aidan Rafif.
5  Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Pn. Noor Asiah binti Mohd Yusof adalah seperti yang berikut:-
5.1  Ujian LINUS Bacaan bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris  telah dijalankan   sebelum cuti sekolah baru-baru ini.  Murid-murid akan menjalani Ujian LINUS Tulisan bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik tidak lama lagi.
 5.2  Dari segi penggunaan tandas, murid-murid dinasihatkan agar dapat menggunakan tandas dengan betul dan sebaik-baiknya.
6 Ucapan Guru Bertugas
6.1 Pn.  Norwati mengumumkan nama-nama guru yang bertugas sepanjang minggu ini.
6.2 Tema pada minggu ini ialah tolong-menolong.Beliau menjelaskan tentang konsep tolong-menolong dalam beberapa keadaan seperti yang berikut:-
     6.2.1 Murid-murid boleh menolong guru-guru yang membawa banyak barang.
     6.2.2 Begitu juga semasa berada di dalam kelas, murid-murid dapat mengamalkan sikap tolong-menolong dengan melakukan aktiviti membersihkan kelas.
     6.2.3 Murid-murid juga dapat menolong kawan-kawan yang tidak membawa wang atau kehilangan wang dengan meminjamkan wang kepada kawan-kawan yang berkenaan.
     6.2.4 Murid-murid juga dapat memberi pertolongan kepada masyarakat di luar sana seperti menolong orang tua dan sebagainya.
     6.2.5 Murid-murid dapat mempraktikkan amalan tolong-menolong ini di mana-mana sahaja.
7 Taklimat Disiplin oleh Guru Disiplin, Pn.  Zahrulhuda binti Kamarudin
    Pn.  Zahrulhuda memberi taklimat tentang 4 perkara seperti yang berikut:-
7.1 Masalah sikap murid-murid yang suka mengejek sertabanyak melibatkan murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5.  Perkara kecil sering diperbesar-besarkan sehingga mencetuskan pergaduhan dalam kalangan murid-murid.
7.2 Murid-murid hendakalah memakai uniform yang lengkap dengan lencana.  Tujuannya adalah untuk memudahkan murid-murid yang berkenaan dikenali dan diberi pertolongan oleh orang lain di luar sana sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini.
7.3 Murid-murid hendaklah menjaga kebersihan di bilik-bilik khas dengan memasukkan sampah ke dalam beg plastik yang disediakan kerana tiada tong sampah yang disediakan di bilik-bilik tersebut.
7.4 Murid-murid hendaklah meletakkan beg-beg sekolah mereka di dalam kelas pada waktu pagi sebelum berbaris di tapak perhimpunan..Murid-murid tidak dibenarkan sama sekali berkumpul atau berkeliaran di tempat-tempat yang lain.
8 Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Maznah binti Mohd Noor
8.1 Pn.  Maznah menasihati murid-murid agar bersyukur kerana dapat hadir ke sekolah pada hari ini melainkan murid-murid tidak sihat.
8.2 Sikap tolong-menolong perlu dilakukan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.
8.3 Pada minggu ini iaitu pada Rabu, SK Desa Pinggiran Putra akan menjadi tuan rumah dalam Pertandingan Kalam Jamae'i.  Sebagai tuan rumah, murid-murid hendaklah memberi ucapan salam semasa menerima dan berjumpa tetamu serta menunjukkan arah tempat pertandingan yang betul iaitu di Pusat Sumber Sekolah.
8.4 Pada hari yang sama, sambutan Hari Susu Sedunia turut diadakan iaitu bermula pada pukul 10.30 pagi.
8.5 Murid-murid diminta membuat persediaan dan mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun yang akan dijalankan pada bulan Oktober.





Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah





Bacaan Doa oleh pengawas bertugas, Adik Mohd Nasif





Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Pengguna Jalan Raya oleh Pn. Norwati binti Mohammad Supian




Bacaan Ikrar Murid oleh Pengawas Bertugas, Adik Adil Aidan Rafif.



Ucapan Guru Bertugas pada Minggu sebelum Cuti Pertengahan Penggal 2, Pn Noor Asiah bt Mohd Yusof





Taklimat Disiplin oleh Guru Disiplin, Pn. Zahrulhuda binti Kamarudin






Murid-murid mendengar pesanan dan nasihat yang diberi oleh guru bertugas, Pn. Norwati binti Mohammad Supian.





Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Maznah binti Mohd Noor





Wednesday, February 12, 2014

Latihan olahraga dan ping pong

Pada hari Rabu 12 Februari 2014 di waktu kokurikulum, seramai 22 orang murid olahraga dan 4 orang murid ping pong menjalani latihan untuk kejohanan peringkat daerah Sepang yang akan diadakan tidak lama lagi. Latihan bermula pada pukul 3 petang dan berakhir pada pukul 5.30 petang. Murid - murid ini hanya berlatih pada waktu kokurikulum sahaja dan bukan pada setiap hari persekolahan. Ini adalah kerana pihak sekolah tidak mahu murid - murid ini ketinggalan di dalam pelajaran mereka. Walaupun murid- murid ini bersukan untuk kecergasan tetapi pelajaran jangan ditinggalkan. Marilah kita sama - sama berdoa supaya mereka ini mendapat kejayaan demi mengharumkan nama sekolah kita. 

Thursday, February 6, 2014

Blog Sekolah Bertukar Alamat


Mulai 7 Februari 2014 (Jumaat), alamat blog ini telah bertukar ke skdesapinggiranputra.blogspot.com.  Sila klik di sini untuk terus ke alamat web tersebut.

Segala kesulitan amat dikesali.

Terima kasih.

Majlis Ramah Mesra Dan Bacaan Yassin

Pada hari Sabtu ini iaitu 8 Februari 2014 SK Desa Pinggiran Putra akan mengadakan satu Majlis Ramah Mesra dan Bacaan Yassin pihak sekolah dan ibubapa. Majlis tersebut adalah bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara warga sekolah dengan ibubapa serta komuniti setempat. Majlis akan berlangsung pada pukul 7.45 pagi hingga 12.00 tengah hari. Semua ibubapa dan penduduk setempat dijemput untuk memeriahkan lagi majlis ini. Semoga majlis yang julung kali diadakan ini akan  mendapat keberkatan dari Allah SWT. In Shaa Allah...

Wednesday, February 5, 2014

Pelaksanaan Kokurikulum SKDPP

22 Jan 2014 - Mesyuarat Agung Unit Uniform, Persatuan, Kelab dan Permainan



29 Jan 2014 - Pelaksanaan Persatuan, Sukan dan Permainan, 1M1S


                                      05 Feb 2014- Pelaksanaan Unit Beruniform dan 1M1S





06 Jan -08 Jan 2014 = Program Maju Diri dan Orientasi Murid-murid SKDPP










Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

Pada hari Isnin lalu, sekolah telahpun menerima secara rasmi kod sekolah iaitu BBA9229.  Pada hari ini pembukaan akaun APDM juga telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.  Terima kasih kepada En. Azlin Sanip, En. Ahmad Faris Johan dan Pn. Masitah Abd Moksin yang bertindak pantas
membantu sekolah.
Klik pada gambar untuk ke aplikasi APDM